Sunday 6 May 2012

KERAJAAN BANI UMAYYAH



TAJUK : KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR BIN ABDUL AZIZ

1. Umar bin Abdul Aziz Khalifah Umaiyah yang kelapan daripada 14 orang khalifah Umaiyah.
2. Beliau daripada keturunan Umar bin al-Khattab daripada sebelah ibu Laila Hashim bin Umar al-khattab.
3. Beliau dianggap sebagai khalifah ar-Rasyiddin kelima bagi sesetengah ahli sejarawan kerana sifat, sikap, dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyiddin.

Kegemilangannya :
1. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat.
2. Beliau membina masjid-masjid serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyatnya.
3. Beliau memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
4. Beliau telah menghapuskan cukai Jizyah golongan Mawali.
5. Beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil.
6. Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam.
7. Ekonomi Negara berada ditahap yang paling tinggi dan kewangan melebihi keperluan.
8. Beliau merupakan Khalifah pertama meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan.

Contoh Soalan :
1. Pemerintahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz mempunyai persamaan dengan
Khulafa’ al-Rasyidin. Terangkan tiga langkah yang dijalankan oleh Khalifah
Umar b. Abdul Aziz yang memberikan kejayaan dalam pentadbirannya.


TAJUK : IMAM MALIK RAHIMAHULLAH

Riwayat Hidup
Nama : Malik bin Anas
Tempat lahir : Madinah
Tarikh Lahir : 93H /713M
Tarikh Meninggal : 179H/798M (berusia 86 tahun)
Tempat pengkebumian : Baqie’ Madinah

Sifat peribadinya :
1. Menghormati ibubapa, berpandangan luas, Teguh pendirian, cerdas dan kuat ingatan.
2. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang yang sakit dan mengiringi jenazah.
3. Tawaduk

Pendidikan :
1. Mendampingi ulama’ sejak kecil. Menghafa al-quran/al-hadith sejak kecil
2. Tekun mencari ilmu
3. Berguru dengan lebihkurang 900 orang guru terdiri daripada tabie’ dan tabi’at tabie’in.
4. Guru pertamanya Imam Abdul Rahman bin Hamzah

Imam Malik Sebagai Guru
1. Mula mengajar sejak berusia 17 tahun.
2. Ketinggian ilmunya telah menarik perhatian guru untuk menghadiri majlis ilmunya.
3. Majlis ilmunya dihadiri oleh penduduk Madinah dan negeri-negeri yang jauh.
4. Muncul Mazhab Maliki dan berkembang luas keseluruh dunia terutamanya Hijaz, Maghribi, Andalus.
5. Majlis pengajarannya dibuat di Masjid anNabawi. Di Madinah.

Penghormatan Imam Malik kepada Hadith
1. Sangat menghormati hadis Rasulullah bila ditanya tentang hadis, beliau akan mandi,
2. Memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban.
3. Tetap berpegang teguh dengan hadis, menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat Islam.

Sumbangan
1. Kitabnya yang masyhur “al-Muwatta’” yang melahirkan aliran pemikiran Mazhab Maliki
2. Al-Muwatta’” menjadi sumber rujukan utama selepas al-Quran dan alHadis.

Ketegasan Imam Malik
1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya.
2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam.
3. Berani menegur Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah di dalam majlis ilmu.
4. Berpegang dengan prinsip ‘murid mencari guru’.

Contoh Soalan
1. Nyatakan sejarah pendidikan Imam Malik.
2. Imam Malik merupakan tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan sangat menghormati hadis. Nyatakan dua contoh amalan mulia yang ditunjukkan oleh Imam Malik sebagai penghormatan kepada hadis.


TAJUK : IMAM SHAFIEE RAHIMAHULLAH

Biodata/ Latar Belakang
Nama : Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafiee bin al Saib.
Gelaran : As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin al-Saib.
Tempat Lahir : Di Gazza, Palestin
Tarikh Lahir : 150H/769M
Asal Usul Keturunannya : Kedua ibubapanya berasal dari Mekah al-Mukarramah, Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib.
Meninggal : Pada 29 Rejab 204 H /820M di Mesir

Sifat Peribadinya :
1. Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun.
2. Dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.
3. Rajin, mempunyai peribadi yang sangat tinggi.
4. Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan.
5. Beliau telah diamanahkan untuk mengambil tempat gurunya mengajar.
6. Sangat gigih menuntut ilmu, sanggup mengembara berjalan kaki.
7. Sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi syarahan.

Pendidikan:
1. Mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun.
2. Mendalami ilmu hadis dan selok belok bahasa Arab daripada pelbagai puak dan kabilah.
3. Menguasai semua lahjah baha dan kebudayaan Arab.
4. Mahir dalam bidang penulisan dan mampu menggubah syair, sajak yang amat indah.
5. Menghafaz ‘al-Muwatta’ semasa umurnya 10 tahun.
6. Mengajar Hadis yang terdapat dalam ‘al-Muwatta’”

Kata-kata Hikmah Imam as-Syafie
1. Setiap kali bertambah ilmuku, bertambahlah kejahilanku.
2. Perut yang kenyang, akan menambahkan berat badan, membekukan hati, menumpulkan fikiran.

Nama-nama Guru Imam as-Syafie
1. Ilmu Hadith : Suffian bin Umaiyah
Muslim bin Khalid
2. Ilmu Quran : Ismail bin Qustantin

Contoh Soalan
1. Sebutkan tiga bidang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Imam Syafie yang menjadi warisan kepada umat Islam masa kini.
2. Terangkan tiga kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu yang perlu dicontohi oleh seseorang pelajar.

KERAJAA KHULAFA AR-RASYIDDIN



TAJUK : SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib
1. Selepas pembunuhan Saidina Usman bin Affan, negara berada dalam keadaan kurang stabil.
2. Puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Saidina Usman.
3. Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima perlantikannya.
4. Apabila melihat keadaan semakin genting akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut.

Sumbangan Dan Jasa
1. Menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam keadaan yang tidak tenteram

Contoh Soalan
1. Terangkan riwayat hidup Saidina Ali b. Abi Talib r.a.
2. Terangkan dua polisi yang telah dilaksanakan oleh Khlaifah Ali b. Abi Talib bagi mengatasi keadaan negara yang kurang stabil pada ketika itu.


TAJUK : SAIDINA USMAN BIN AFFAN

Polisi Khalifah Usman bin Affan
Khalifah Usman telah mengubah polisi yang telah diamalkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Diantaranya :

1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa jua yang ingin berjihad demi penyebaran agama agama dan memperluaskan pengaruh Islam.
2. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Kota Madinah.
3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal.
4. Menetapkan bahawa al-quraan dibaca hanya menggunakan lahjah (dialek) Quraisy.
5. Ramai gabenor dilantik terdiri daripada kalangan Bani Ummaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka.

Sumbangan Dan Jasa Khalifah Usman Bin Affan
1. Menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan Negara
2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah.
3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah.

Contoh Soalan
1. Usman b. Affan adalah khalifah dalam pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin. beliau telah banyak memberi sumbangan selama menjalankan pentadbiran negara. Terangkan dua daripada sumbangan beliau.
2. Jelaskan dua polisi pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.

TAJUK : AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDDIN


1. Negara Islam selepas khulafa ar-Rasyiddin dipimpin oleh khalifah secara warisan.
2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa ar-Rasyidin Saidina Usman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri.
3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam.
4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini.

Contoh Soalan
1. Jelaskan dua akibat jika membelakangkan kepimpinan Khulafa’ Al-Rasyidin.

Saturday 5 May 2012

TAJUK : GADAIAN



Pengertian
Bahasa : menahan sesuatu
Syarak : sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya
untuk mendpatkan pinjaman

Rukun Gadaian
1. Penggadai
2. Pemegang gadai
3. Barang yang digadai
4. Ijab dan qabul
5. Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran)

Syarat Sah Gadaian
1. Harta yang digadai sah untuk dijual beli
2. Orang yang menggadai dan yang menerima akil baligh
3. Dengan kerelaan sendiri
4. Kepunyaan sendiri
5. Tidak boleh merugikan orang yang menggadai
6. Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadai

Perkara Yang Membatalkan Gadaian
1. Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai
2. Penggadai telah membayar semua hutangnya
3. Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah
4. Pemegang gadai membatalkan gadaiannya
5. Penggadai meninggal dunia
6. Barang digadai rosak
7. Barang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lain

Hikmah Gadaian
1. Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
2. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
3. Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi
4. Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain

Contoh Soalan
1. Sebutkan tiga rukun gadaian.
2. Terangkan tiga perbezaan antara amalan gadaian Islam dengan gadaian bukan Islam.
3. Terangkan dua perkara yang membatalkan gadaian.
4. Huraikan dua hikmah diharuskan gadaian.

TAJUK : HUTANG



Pengertian Dan Hukum :
Erti : memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang yang boleh dikembalikan
Hukum memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam keadaan tertentu
Hukum membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang mampu.

Rukun Berhutang :
1. Penerima dan pemberi hutang
2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi hutang
3. Sighah iaitu akad pemberi hutang

Hikmah Diharuskan Hutang :
1. Membantu golongan susah
2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma
3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin
4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomi

Contoh Soalan :
1. Apakah maksud hutang menurut syarak?
2. Jelaskn dua perbezaan antara hutang dengan riba.
3. Apakah hukum memberi dan membayar hutang?
4. Terangkan tiga hikmah Islam membenarkan seseorang berhutang.

TAJUK : LAMBAIAN KAABAH



Sunat Haji :
1. Mandi ketika hendak ihram di miqat
2. Sembahyang dua rakaat sebelum niat ihram
3. Memakai pakaian ihram berwarna putih
4. Memotong kuku
5. Membanyakkan talbiah ketika ihram sehingga melontar di jamratul aqobah
6. Mandi ketika hendak mausk kota makkah dan keika hendak wuquf
7. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf
9. Berturut, 7 pusingan tawaf
10. Bermalam di mina pada 9 zulhijjah
11. Melewatkan tempoh berada di arafah hingga terbenam matahari
12. Berada di muzdalifah hingga subuh
13. Keluar dari tempat saie melalui pintu sofa

Hikmah Kepada Masyarakat :
1. Saling berkenalan sesama umat islam
2. Membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam
3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengikut bangsa dari seluruh dunia
4. Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam

Wukuf :
1. Maksud wukuf : berada di padang arafah di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah walaupun seketika
Hikmah Wukuf
1. Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam dengan hawa setelah berpisah
2. Menimbulkan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama disisi Allah
3. Mengingatkan kita kepada perhimpunan di padang mahsyar

Contoh Soalan
1. Ibadat haji adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.
Sebutkan dua perkara sunat ketika mengerjakan haji.
2. Terangkan dua hujah yang membuktikan bahawa ibadat haji dapat membentuk perpaduan ummah.
3. Bilakah masa wukuf di Arafah?
4. Terangkan dua hikmah amalan wukuf.

BAB 12 : TUNTUTAN TAUBAT


 


Tuntutan Taubat
  • taubat ertinya kembali semula taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah-Nya.
Syarat-syarat Taubat
  • menyesal terhadap maksiat yang dilakukan
  • berhenti melakukan perbuatan tersebut dengan segera
  • berazam tidak akan ulang perbuatan tersebut
  • memohon maaf jika kesalahan tersebut berkaitan manusia
Hikmah Taubat
  • memberi peluang kepada orang yang berdosa kembali ke jalan Allah
  • memberi ketenangan hati kepada Muslim yang bertaubat
  • mendapat keampuan serta petunjuk Allah

Bab 11 : Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah


 



Dosa-dosa besar

Pengertian Dosa
  • Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
  • Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
Dua Jenis Dosa:
  1. Dosa besar :kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
  2. Dosa kecil : kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia

Faktor Manusia Melakukan Dosa
  • terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
  • ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
  • angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
  • memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
  • melawan percakapan mereka
  • meniggikan suara ketika bercakap
  • tidak dengar nasihat dan teguran mereka
  • melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
  • menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
  • berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
  • menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen

Mencuri Dan Merompak
  • mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
  • merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
  • masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
  • dipandang hina oleh orang
  • dipulau dan disisihkan masyarakat
  • timbul pergaduhan dan permusuhan
  • negara tidak aman dan tenteram

Makan Riba
  • riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis Riba
Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
  • membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
  • mewujudkan kestabilan ekonomi
  • melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
  • mencegah sifat pentingkan diri sendiri


Makan Harta Anak Yatim
  • anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
  • menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
  • anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
  • mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
  • mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
  • mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta


Lari Dari Medan Perang
  • perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
  • setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
  • orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
Akibat Lari Dari Medan Perang
  • dipandang hina
  • umat Islam ditindas
  • balasan neraka
  • merendah martabat agama dan umat

Mengumpat Dan Memfitnah
  • mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
  • memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
  • ingin lihat orang menderita dan susah
  • tidak mahu mengakui kelebihan orang
  • takut persaingan hidup
  • sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
  • dibenci dan dipandang hina
  • berlaku pergaduhan dan permusuhan
  • masyarakat Islam mundur
  • hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
  • menyemai kasih sayang sesama Islam
  • reda dengan ketentuan Allah
  • sentiasa muhasabah diri
  • meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

 
Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
Minum Arak Dan Menagih Dadah
  • arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
Faktor Minum Arak
  • arak mudah didapati
  • terpengaruh dengan rakan yang liar
  • tiada penguatkuasaan undang-undang
  • dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
  • menjaga kewarasan akal fikiran
  • elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
  • kekalkan kesihatan fizikal dan mental
  • mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
Langkah Pencegahan
  • mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
  • iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
  • kempen tentang bahaya arak dan dadah
  • amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah
Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
  • membazir wang, masa, harta
  • menjatuhkan maruah diri dan keluarga
  • terdedah kepada jenayah
  • lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
  • menjadi mundur dan tidak tenteram
  • banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
  • hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
  • terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing

Zina
  • zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
  • kurang pendidikan agama
  • pergaulan bebas lelaki dan perempuan
  • mengunjungi tempat maksiat
  • membaca dan menonton bahan lucah
Kesan Zina
  • menjatuhkan maruah diri dan keluarga
  • mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
  • penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
  • lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
  • penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
  • penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan


Menuduh Zina (Qazaf)
  • menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
  • hukumannya 80X sebatan
Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
  • berakal
  • baligh
  • atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
  • mengetahui haramnya qazaf
  • bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Liwat Dan Musahaqah
  • liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
  • musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
  • terpengaruh dengan budaya liar
  • membaca dan melihat bahan lucah
  • tiada undang-undang tegas
  • kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah
  • institusi perkahwinan runtuh
  • dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
  • dapat balsan azab di akhirat
  • maruah diri, masyarakat, agama tercemar


Membunuh Diri
  • melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
Punca Bunuh Diri
  • kecewa dengan rahmat Allah
  • anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
  • tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
Cara Mengatasi Bunuh Diri
  • hendaklah yakin dengan rahmat Allah
  • berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
  • memberi pendidikan agama sejak kecil
  • mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi

    TAJUK : RIDDAH

    Pengertian :
    Berpaling atau keluar daripada agama Islam

    Bagaimana seseorang itu boleh menjadi murtad
    1. Iktiqad : berniat hendak meninggalkan agama Islam
    2. Perkataan : mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
    3. Perbuatan : menganut agama selain daripada agama Islam

    Faktor atau sebab yang membawa kepada riddah
    1. Lemah pegangan agamanya
    2. Jahil tentang aqidah Islamiyyah
    3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan
    4. Terpengaruh dengan agama bukan Islam

    Kesan dariapada perbuatan riddah
    1. Hubungan suami isteri terfasakh.
    2. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.
    3. Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
    4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

    Cara menangani orang murtad
    1. Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
    2. Memberi perlindungan dan bantuan sekiranya dia dari golongan muallaf
    3. Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman berdasarkan hadis (dibunuh)

    Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
    1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
    2. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemarkan kesucian agama Islam.
    3. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara

    Contoh Soalan
    1. Apakah yang dimaksudkan dengan murtad?
    2. Jelaskan dua kesan daripada perbuatan murtad.
    3. Terangkan dua langkah menangani masalah murtad dalam masyarakat.

    TAJUK : KUFUR
    Pengertian kufur
    Tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

    Bahagian kufur
    1. Kufur hakikat : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
    Contoh : - Tidak mengakui balasan di akhirat
    - Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
    - Menyatakan solat fardhu merugikan masa.

    2. Kufur nikmat : mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaanNya.
    Contoh : - Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
    - Enggan mengeluarkan zakat atau sedekah
    - Boros membelanjakan harta

    Faktor menyebabkan kekufuran
    1. Pegangan agama yang lemah
    2. Terpengaruh dengan hawa nafsu
    3. Terpengaruh dengan pujukan dan kesenangan dunia.

    Contoh Soalan
    1. Kufur ialah tidak mempercayai ajaran Allah serta menengkari ajaran yang disampaikan oleh  Nabi Muhammad s.a.w. Tuliskan dua contoh kufur hakikat dan kufur nikmat.
    2. Jelaskan dua kesan ke atas individu yang kufur.
    3. Huraikan tiga akibat perbuatan kufur terhadap masyarakat.
    4. Terangkan dua faktor luaran yang mendorong seseorang menjadi kufur.


    TAJUK : DERHAKA KEPADA IBU BAPA

    Sebab Islam mewajibkan anak mentaati ibu bapa
    1. Mengandung
    2. Melahirkan
    3. Menyusukan
    4. Membesarkan
    5. Mengasuh
    6. Mendidik
    7. Memeberi nafkah
    8. Mengasihi

    Tanggungjawab anak kepada ibu bapa
    1. Mentaati suruhan ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
    2. Menjaganya apabila telah tua
    3. Menziarahi ibu bapa apabila tinggal berjauhan
    4. Mendoakan kedua ibu bapa
    5. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat mereka

    Contoh Soalan
    1. Senaraikan dua contoh perbuatan menderhakai ibubapa.
    2. Sebutkan dua sebab seseorang anak wajib mentaati kedua ibubapanya.
    3. Jelaskan dua ciri anak yang bertanggungjawab terhadap ibubapanya.

    TAJUK : LARI DARI MEDAN PEPERANGAN

    Pengertian jihad
    Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam.
    Hukum lari dari medan peperangan ialah berdosa besar dan dilaknat oleh Allah
    Akibat lari dari medan peperangan
    1. Dipandang hina oleh masyarakat
    2. Umat Islam akan ditindas
    3. Akan menerima balasan neraka di akhirat kelak
    4. Merendahkan martabat agama dan umat Islam

    Contoh Soalan
    1. Apakah hukum ke atas orang yang lari dari medan perang.
    2. Terangkan dua akibat lari dari medan perang.

    TAJUK : MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH

    Pengertian arak
    Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.

    Pengertian dadah
    Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

    Akibat terhadap individu
    1. Membazir harta dan masa
    2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
    3. Lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
    4. Terdedah kepada perbuatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh.

    Akibat terhadap masyarakat dan negara
    1. Menjadi mundur
    2. Dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk.
    3. Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan
    4. Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.

    Hikmah pengharaman minum arak dan dadah
    1. Menjaga kewarasan akal manusia
    2. Mengelakkan perkelahian dan permusuhan
    3. Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
    4. Mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya
    5. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat

    Langkah-langkah pencegahan
    1. Mengadakan kempen dan penerangan secara meluas melalui media
    2. Mengamalkan cara hidup sihat – mengadakan aktiviti kemasyarakatan
    3. Mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakat 

    Contoh Soalan
    1. Jelaskan tiga kesan buruk perbuatan minum arak terhadap individu.
    2. Terangkan dua hikmat Islam mengharamkan arak dan dadah.
    3. Terangkan dua langkah untuk mencegah perbuatan minum arak dan dadah.


    TAJUK : MEMBUNUH DIRI

    Pengertian
    Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
    Hukum membunuh diri ialah haram

    Punca perbuatan membunuh diri
    1. Putus asa dengan rahmat Allah
    2. Tidak meyakini hari kiamat
    3. Menganggap dengan membunuh diri akan menamatkan penderitaan.
    4. Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan.

    Cara mengatasi
    1. Yakin dengan rahmat Allah
    2. Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul
    3. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Quran, sunnah dan akal yang waras.
    4. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat.

    Contoh Soalan
    1. Huraikan kesan daripada perbuatan bunuh diri terhadap individu.
    2. Kemukakan dua sebab gejala membunuh diri masih berlaku dalam masyarkat Islam hari ini.

Template by:

Free Blog Templates