Monday 30 April 2012

BAB 6 : CIRI-CIRI MUKMIN BERJAYA




Intisari Ayat
Allah janjikan kemenangan kepada orang yang tunaikan solat dengan khusyuk, menjauhi daripada perbuatan sia-sia , mengeluarkn zakat, jaga kehormatan diri, bersifat amanah, menepati janji. Golongan ini pewaris syurga Firdaus dan kekal di dlmnya untuk selamanya. Islam menyeru umat mencapai kejayaan (al-Falah) dunia dan akhirat

Huraian Ayat
Ciri-ciri mukmin berjaya
  • beriman kepada Allah
  • solat dengan khusyuk
  • menjauhi perkara keji dan sia-sia
  • keluarkan zakat
  • jaga kehormatan diri
  • tunai amanah dan janji
  • jaga waktu solat

Khusyuk Dalam Solat
Khusuk dalam solat ialah tunduk dan rendah diri dengan tumpukan fikiran, hati dan angota ketika solat semata-mata kerana Allah
Cara khusyuk dalam solat
  • mangagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah
  • memahami maksud ayat dan lafaz
  • menumpukan pandangan ke tempat sujud
  • tidak bergerak atau berpaling ke kiri dan ke kanan
  • menunaikan solat dengan ikhlas
  • solat dengan tidak tergesa-gesa

Mengeluarkan Zakat
Peranan zakat dalam masyarakat
  • membangunkan ekonomi
  • memberi biasiswa kepada pelajar
  • membantu fakir miskin yang hidup dalam kedaifan
  • memberi latihan kemahiran kepada para penerima zakat
Menjaga Kehormatan Diri
Menjaga kehormatan diri adalah memelihara maruah diri daripada perbuatan yang dilarang Islam
Cara jaga maruah diri
  • tutup aurat dengan sempurna
  • jauhi zina dan pergaulan babas
  • hindar diri daripada terlibat dengan perkara keji seperti rasuah dan penipuan
  • amal akhlak mulia
Memelihara Amanah Dan Menepati Janji
  • orang yang mengkhianati janji termasuk dalam golongan munafik
  • tanda-tanda munafik
  • bercakap bohong
  • mungkir janji
  • pecah amanah
  • melampaui batas ketika bertengkar
Menjaga Waktu Solat
  • cara menjaga waktu solat
  • kerjakan solat apabila masuk waktu
  • menjaga segala rukun qalbi (hati), qauli (perkataan) dan fikli (perbuatan)
  • bersungguh-sungguh tunaikan solat
Pengajaran Ayat
  • solat hendaklah ditunaikan dengan khusyuk dan ikhlas kerana solat tiang agama
  • umat Islam hendaklah menjaga maruah dan kehormatan diri setiap masa
  • menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi Muslim

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates