Dosa-dosa besar
Pengertian Dosa
- Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
- Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
Dua Jenis Dosa:
- Dosa besar :kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
- Dosa kecil : kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
Faktor Manusia Melakukan Dosa
- terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
- ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
- angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
- memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
- melawan percakapan mereka
- meniggikan suara ketika bercakap
- tidak dengar nasihat dan teguran mereka
- melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
- menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
- berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
- menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen
Mencuri Dan Merompak
- mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
- merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
- masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
- dipandang hina oleh orang
- dipulau dan disisihkan masyarakat
- timbul pergaduhan dan permusuhan
- negara tidak aman dan tenteram
Makan Riba
- riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis Riba
Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
- membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
- mewujudkan kestabilan ekonomi
- melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
- mencegah sifat pentingkan diri sendiri
Makan Harta Anak Yatim
- anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
- menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
- anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
- mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
- mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
- mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
Lari Dari Medan Perang
- perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam
- setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad wajib mempertahankan kesucian Islam
- orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
Akibat Lari Dari Medan Perang
- dipandang hina
- umat Islam ditindas
- balasan neraka
- merendah martabat agama dan umat
Mengumpat Dan Memfitnah
- mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
- memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
- ingin lihat orang menderita dan susah
- tidak mahu mengakui kelebihan orang
- takut persaingan hidup
- sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
- dibenci dan dipandang hina
- berlaku pergaduhan dan permusuhan
- masyarakat Islam mundur
- hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
- menyemai kasih sayang sesama Islam
- reda dengan ketentuan Allah
- sentiasa muhasabah diri
- meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh
Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
Minum Arak Dan Menagih Dadah
- arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang diperam
Faktor Minum Arak
- arak mudah didapati
- terpengaruh dengan rakan yang liar
- tiada penguatkuasaan undang-undang
- dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir seseorang
hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
- menjaga kewarasan akal fikiran
- elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
- kekalkan kesihatan fizikal dan mental
- mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
Langkah Pencegahan
- mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
- iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
- kempen tentang bahaya arak dan dadah
- amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah
Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah
Terhadap Individu
- membazir wang, masa, harta
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- terdedah kepada jenayah
- lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
- menjadi mundur dan tidak tenteram
- banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
- hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
- terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
Zina
- zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
- kurang pendidikan agama
- pergaulan bebas lelaki dan perempuan
- mengunjungi tempat maksiat
- membaca dan menonton bahan lucah
Kesan Zina
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
- penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
- lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
- penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
- penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
Menuduh Zina (Qazaf)
- menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
- hukumannya 80X sebatan
Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
- berakal
- baligh
- atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
- mengetahui haramnya qazaf
- bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh
Liwat Dan Musahaqah
- liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
- musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
- terpengaruh dengan budaya liar
- membaca dan melihat bahan lucah
- tiada undang-undang tegas
- kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah
- institusi perkahwinan runtuh
- dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
- dapat balsan azab di akhirat
- maruah diri, masyarakat, agama tercemar
Membunuh Diri
- melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
Punca Bunuh Diri
- kecewa dengan rahmat Allah
- anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
- tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
Cara Mengatasi Bunuh Diri
- hendaklah yakin dengan rahmat Allah
- berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
- memberi pendidikan agama sejak kecil
- mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi
TAJUK : RIDDAH
Pengertian :Berpaling atau keluar daripada agama Islam
Bagaimana seseorang itu boleh menjadi murtad1. Iktiqad : berniat hendak meninggalkan agama Islam
2. Perkataan : mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
3. Perbuatan : menganut agama selain daripada agama Islam
Faktor atau sebab yang membawa kepada riddah1. Lemah pegangan agamanya
2. Jahil tentang aqidah Islamiyyah
3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan
4. Terpengaruh dengan agama bukan Islam
Kesan dariapada perbuatan riddah1. Hubungan suami isteri terfasakh.
2. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.
3. Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.
Cara menangani orang murtad1. Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
2. Memberi perlindungan dan bantuan sekiranya dia dari golongan muallaf
3. Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman berdasarkan hadis (dibunuh)
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
2. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemarkan kesucian agama Islam.
3. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara
Contoh Soalan1. Apakah yang dimaksudkan dengan murtad?
2. Jelaskan dua kesan daripada perbuatan murtad.
3. Terangkan dua langkah menangani masalah murtad dalam masyarakat.
TAJUK : KUFURPengertian kufurTidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Bahagian kufur1. Kufur hakikat : ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Contoh : - Tidak mengakui balasan di akhirat
- Menolak hukum yang terdapat dalam al-Quran
- Menyatakan solat fardhu merugikan masa.
2. Kufur nikmat : mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia dan makhluk ciptaanNya.
Contoh : - Menggunakan nikmat ke jalan maksiat
- Enggan mengeluarkan zakat atau sedekah
- Boros membelanjakan harta
Faktor menyebabkan kekufuran1. Pegangan agama yang lemah
2. Terpengaruh dengan hawa nafsu
3. Terpengaruh dengan pujukan dan kesenangan dunia.
Contoh Soalan1. Kufur ialah tidak mempercayai ajaran Allah serta menengkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Tuliskan dua contoh kufur hakikat dan kufur nikmat.
2. Jelaskan dua kesan ke atas individu yang kufur.
3. Huraikan tiga akibat perbuatan kufur terhadap masyarakat.
4. Terangkan dua faktor luaran yang mendorong seseorang menjadi kufur.
TAJUK : DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Sebab Islam mewajibkan anak mentaati ibu bapa1. Mengandung
2. Melahirkan
3. Menyusukan
4. Membesarkan
5. Mengasuh
6. Mendidik
7. Memeberi nafkah
8. Mengasihi
Tanggungjawab anak kepada ibu bapa1. Mentaati suruhan ibu bapa selagi tidak bertentangan dengan syariat Islam
2. Menjaganya apabila telah tua
3. Menziarahi ibu bapa apabila tinggal berjauhan
4. Mendoakan kedua ibu bapa
5. Mengekalkan hubungan silaturrahim dengan sahabat mereka
Contoh Soalan1. Senaraikan dua contoh perbuatan menderhakai ibubapa.
2. Sebutkan dua sebab seseorang anak wajib mentaati kedua ibubapanya.
3. Jelaskan dua ciri anak yang bertanggungjawab terhadap ibubapanya.
TAJUK : LARI DARI MEDAN PEPERANGAN
Pengertian jihadPeperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam.Hukum lari dari medan peperangan ialah berdosa besar dan dilaknat oleh AllahAkibat lari dari medan peperangan1. Dipandang hina oleh masyarakat
2. Umat Islam akan ditindas
3. Akan menerima balasan neraka di akhirat kelak
4. Merendahkan martabat agama dan umat Islam
Contoh Soalan1. Apakah hukum ke atas orang yang lari dari medan perang.
2. Terangkan dua akibat lari dari medan perang.
TAJUK : MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH
Pengertian arakMinuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.
Pengertian dadahSejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir
Akibat terhadap individu1. Membazir harta dan masa
2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
3. Lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
4. Terdedah kepada perbuatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh.
Akibat terhadap masyarakat dan negara1. Menjadi mundur
2. Dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk.
3. Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan
4. Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.
Hikmah pengharaman minum arak dan dadah1. Menjaga kewarasan akal manusia
2. Mengelakkan perkelahian dan permusuhan
3. Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
4. Mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya
5. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat
Langkah-langkah pencegahan1. Mengadakan kempen dan penerangan secara meluas melalui media
2. Mengamalkan cara hidup sihat – mengadakan aktiviti kemasyarakatan
3. Mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakat
Contoh Soalan1. Jelaskan tiga kesan buruk perbuatan minum arak terhadap individu.
2. Terangkan dua hikmat Islam mengharamkan arak dan dadah.
3. Terangkan dua langkah untuk mencegah perbuatan minum arak dan dadah.
TAJUK : MEMBUNUH DIRI
PengertianMelakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiriHukum membunuh diri ialah haram
Punca perbuatan membunuh diri1. Putus asa dengan rahmat Allah
2. Tidak meyakini hari kiamat
3. Menganggap dengan membunuh diri akan menamatkan penderitaan.
4. Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan.
Cara mengatasi1. Yakin dengan rahmat Allah
2. Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul
3. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Quran, sunnah dan akal yang waras.
4. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat.
Contoh Soalan1. Huraikan kesan daripada perbuatan bunuh diri terhadap individu.
2. Kemukakan dua sebab gejala membunuh diri masih berlaku dalam masyarkat Islam hari ini.
1 comments:
Bagus dan bermanfaat aratikelnya Gan semoga dapat membuka wawasan saudara kita
Gan sy minta ijin mau share info cara mendapatkan rupiah dari internet coba Gan klik disini https://bit.ly//2wMECYG
Sukses untuk Agan
Post a Comment