Monday 30 April 2012

MANUSIA PERLU BERSYUKUR





BAB 1 : MANUSIA PERLU BERSYUKUR


 

Intisari ayat
Allah beri peringatan kepada musyrikin Mekah mengambil iktibar terhadap kaum dahulu yang dibinasakan Allah kerana tidak bersyukur nikmat-Nya, bahkan melakukan kemungkaran dan kekufuran. Mereka menerima azab yang pedih.

Nikmat kurniaan Allah:
  • iman
  • Islam
  • kesihatan tubuh badan
  • akal fikiran
Cara bersyukur dengan nikmat-Nya
Hati
  • Sentiasa ingat Allah
  • Merendah diri terhadap kekuasaan-Nya
Lidah
  • Ucap Alhamdulillah
  • Baca al-Quran, zikir, tasbih
Anggota badan
  • Guna nikmat ke arah kebaikan
  • Melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya

Kemusnahan kaum ‘Ad, Thamud, Lut
Kaum Ad : Allah beri nikmat tanah subur dan hasil tanaman mewah tetapi mereka kufur dan tolak ajaran Nabi Hus a.s. Mereka dibinasakan oleh Allah dengan puting beliung memusnahkan diri dan harta
Kaum Tahmud : Allah beri kekayaan dan hidup mewah tetapi mereka angkuh, tidak beriman dan tuduh Nabi Soleh a.s pendusta. Mereka dibinasakan dengan halilintar dan gempa bumi
Kaum Lut : hidup mewah tetapi tolak ajaran Nabi Lut a.s. dan amalkan homaseks. Mereka binasa dengan diterbalikkan negeri mereka
  1. Sebab umat terdahulu dibinasakan
  2. Menorak ajaran yang dibawa oleh para nabi dan rasul
  3. Menuduh nabi dan rasul sebagai pendusta
  4. Melakukan kemungkaran dan maksiat
  5. Tidak mahu bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan
     
Tugas manusia sebagai khalifah
  • beribadat kepada-Nya
  • menegakkan agama Islam
  • melaksanakan amar makruf nahi mungkar
  • membangun dan mengurus alam dengan baik berdasarkan syariat
Pengajaran ayat
  • Allah binasakan umat terdahulu kerana kufur dan ingkar
  • manusia mesti bersyukur nikmat Allah
  • orang tidak bersyukur diazab Allah

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates