15 Kesilapan ibu-bapa dalam mendidik anak-anak
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH
ada pahala yang besar.” (Al-Quran
Surah At-Taghabun, 64:15)
Surah At-Taghabun, 64:15)
“Tahukah engkau
siapakah orang yang mandul.”
“Orang yang mandul
ialah orang yang tidak mempunyai anak.”
“Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” -(Maksud Al-Hadith )
Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak ;
1. Kesilapan
pertama: Kurang berdoa
diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu)
Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
* Doa agar anak patuh
kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Banyak
menakutkan anak2 dgn perkara2 yang tidak sepatutnya seperti :
* menakutkan anak-anak
dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur
3. Kesilapan
ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif
* mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak
seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual)
dan minda (intelektual)
* ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat
mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis
At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ :
“Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.”
Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata :
”Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di
rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan
sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah,beribadah bersama-sama,
dan sebagainya.
Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik
dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan
rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak.
Dalam Islam,merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan
anak-anak dengan model yang cemerlang seperti
para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama
dan aktiviti-aktiviti yang
bersesuaian dengan akhlak Islam.
bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan
anak-anak.
Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang
dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang
yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak,
kerana ini akan memberikan contoh yang
tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi
rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV
ataupun video.
ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari
media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki
dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung
kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak
ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan
anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
p.s : Banyak sungguh terkena batang idung nih
… bagus untuk tarbiyah diri … ya Allah bantulah kami
suami isteri dlm mendidik anak2 mengikut cara Islam dan sunnah Nabi Muhamaad
SAW … amin !
0 comments:
Post a Comment