Wednesday 11 April 2012

Falsafah Pendidikan Islam


Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan soleh, harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah swt untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan terhadap kesejahteraan ummah.

Kurikulum dan Metodologi Pendidikan Islam

Metodologi Pendidikan Islam merupakan himpunan kaedah, teknik, cara, gaya dan strategi yang digunakan oleh pensyarah atau guru dalam menyampaikan sesuatu isi pengajaran Pendidikan Islam agar ia mudah difahami dan dihayati oleh pelajar-pelajar. Pensyarah harus mempelbagaikan metodologi pengajaran dan mengubahsuai sesuatu pengajaran dari semasa ke semasa mengikut tahap penerimaan pelajar. Kurikulum yang baik belum tentu menjamin kefahaman yang tinggi oleh pelajar terhadap sesuatu isi pengajaran tanpa kaedah pengajaran yang sesuai.

Sumber-Sumber Pendidikan
Islam


Sumber-Sumber Pendidikan Islam merupakan asas dan prinsip utama di dalam menentukan dasar dan hala tuju Pendidikan Islam. Sumber utama Pendidikan Islam adalah satu sahaja iaitu wahyu Ilahi. Sementara wahyu Ilahi pula terbahagi kepada dua iaitu Al-Quranul Karim dan Hadis Sahih. Sementara itu di sana ada satu lagi sumber Pendidikan Islam yang menjadi rujukan umat Islam iaitu Ijmak Ulamak dan Qias yang berlandaskan wahyu Ilahi iaitu Al-Quran dan al-Sunnah

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates