Sunday 6 May 2012

KERAJAAN BANI UMAYYAH



TAJUK : KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR BIN ABDUL AZIZ

1. Umar bin Abdul Aziz Khalifah Umaiyah yang kelapan daripada 14 orang khalifah Umaiyah.
2. Beliau daripada keturunan Umar bin al-Khattab daripada sebelah ibu Laila Hashim bin Umar al-khattab.
3. Beliau dianggap sebagai khalifah ar-Rasyiddin kelima bagi sesetengah ahli sejarawan kerana sifat, sikap, dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyiddin.

Kegemilangannya :
1. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat.
2. Beliau membina masjid-masjid serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyatnya.
3. Beliau memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.
4. Beliau telah menghapuskan cukai Jizyah golongan Mawali.
5. Beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil.
6. Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam.
7. Ekonomi Negara berada ditahap yang paling tinggi dan kewangan melebihi keperluan.
8. Beliau merupakan Khalifah pertama meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan.

Contoh Soalan :
1. Pemerintahan Khalifah Umar b. Abdul Aziz mempunyai persamaan dengan
Khulafa’ al-Rasyidin. Terangkan tiga langkah yang dijalankan oleh Khalifah
Umar b. Abdul Aziz yang memberikan kejayaan dalam pentadbirannya.


TAJUK : IMAM MALIK RAHIMAHULLAH

Riwayat Hidup
Nama : Malik bin Anas
Tempat lahir : Madinah
Tarikh Lahir : 93H /713M
Tarikh Meninggal : 179H/798M (berusia 86 tahun)
Tempat pengkebumian : Baqie’ Madinah

Sifat peribadinya :
1. Menghormati ibubapa, berpandangan luas, Teguh pendirian, cerdas dan kuat ingatan.
2. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang yang sakit dan mengiringi jenazah.
3. Tawaduk

Pendidikan :
1. Mendampingi ulama’ sejak kecil. Menghafa al-quran/al-hadith sejak kecil
2. Tekun mencari ilmu
3. Berguru dengan lebihkurang 900 orang guru terdiri daripada tabie’ dan tabi’at tabie’in.
4. Guru pertamanya Imam Abdul Rahman bin Hamzah

Imam Malik Sebagai Guru
1. Mula mengajar sejak berusia 17 tahun.
2. Ketinggian ilmunya telah menarik perhatian guru untuk menghadiri majlis ilmunya.
3. Majlis ilmunya dihadiri oleh penduduk Madinah dan negeri-negeri yang jauh.
4. Muncul Mazhab Maliki dan berkembang luas keseluruh dunia terutamanya Hijaz, Maghribi, Andalus.
5. Majlis pengajarannya dibuat di Masjid anNabawi. Di Madinah.

Penghormatan Imam Malik kepada Hadith
1. Sangat menghormati hadis Rasulullah bila ditanya tentang hadis, beliau akan mandi,
2. Memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban.
3. Tetap berpegang teguh dengan hadis, menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat Islam.

Sumbangan
1. Kitabnya yang masyhur “al-Muwatta’” yang melahirkan aliran pemikiran Mazhab Maliki
2. Al-Muwatta’” menjadi sumber rujukan utama selepas al-Quran dan alHadis.

Ketegasan Imam Malik
1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya.
2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam.
3. Berani menegur Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah di dalam majlis ilmu.
4. Berpegang dengan prinsip ‘murid mencari guru’.

Contoh Soalan
1. Nyatakan sejarah pendidikan Imam Malik.
2. Imam Malik merupakan tokoh terkemuka dalam ilmu hadis dan sangat menghormati hadis. Nyatakan dua contoh amalan mulia yang ditunjukkan oleh Imam Malik sebagai penghormatan kepada hadis.


TAJUK : IMAM SHAFIEE RAHIMAHULLAH

Biodata/ Latar Belakang
Nama : Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafiee bin al Saib.
Gelaran : As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin al-Saib.
Tempat Lahir : Di Gazza, Palestin
Tarikh Lahir : 150H/769M
Asal Usul Keturunannya : Kedua ibubapanya berasal dari Mekah al-Mukarramah, Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib.
Meninggal : Pada 29 Rejab 204 H /820M di Mesir

Sifat Peribadinya :
1. Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun.
2. Dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.
3. Rajin, mempunyai peribadi yang sangat tinggi.
4. Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan.
5. Beliau telah diamanahkan untuk mengambil tempat gurunya mengajar.
6. Sangat gigih menuntut ilmu, sanggup mengembara berjalan kaki.
7. Sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi syarahan.

Pendidikan:
1. Mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun.
2. Mendalami ilmu hadis dan selok belok bahasa Arab daripada pelbagai puak dan kabilah.
3. Menguasai semua lahjah baha dan kebudayaan Arab.
4. Mahir dalam bidang penulisan dan mampu menggubah syair, sajak yang amat indah.
5. Menghafaz ‘al-Muwatta’ semasa umurnya 10 tahun.
6. Mengajar Hadis yang terdapat dalam ‘al-Muwatta’”

Kata-kata Hikmah Imam as-Syafie
1. Setiap kali bertambah ilmuku, bertambahlah kejahilanku.
2. Perut yang kenyang, akan menambahkan berat badan, membekukan hati, menumpulkan fikiran.

Nama-nama Guru Imam as-Syafie
1. Ilmu Hadith : Suffian bin Umaiyah
Muslim bin Khalid
2. Ilmu Quran : Ismail bin Qustantin

Contoh Soalan
1. Sebutkan tiga bidang ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh Imam Syafie yang menjadi warisan kepada umat Islam masa kini.
2. Terangkan tiga kegigihan Imam Syafie dalam menuntut ilmu yang perlu dicontohi oleh seseorang pelajar.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates