Sunday 6 May 2012

KERAJAA KHULAFA AR-RASYIDDIN



TAJUK : SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib
1. Selepas pembunuhan Saidina Usman bin Affan, negara berada dalam keadaan kurang stabil.
2. Puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Saidina Usman.
3. Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima perlantikannya.
4. Apabila melihat keadaan semakin genting akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut.

Sumbangan Dan Jasa
1. Menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam keadaan yang tidak tenteram

Contoh Soalan
1. Terangkan riwayat hidup Saidina Ali b. Abi Talib r.a.
2. Terangkan dua polisi yang telah dilaksanakan oleh Khlaifah Ali b. Abi Talib bagi mengatasi keadaan negara yang kurang stabil pada ketika itu.


TAJUK : SAIDINA USMAN BIN AFFAN

Polisi Khalifah Usman bin Affan
Khalifah Usman telah mengubah polisi yang telah diamalkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Diantaranya :

1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa jua yang ingin berjihad demi penyebaran agama agama dan memperluaskan pengaruh Islam.
2. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Kota Madinah.
3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal.
4. Menetapkan bahawa al-quraan dibaca hanya menggunakan lahjah (dialek) Quraisy.
5. Ramai gabenor dilantik terdiri daripada kalangan Bani Ummaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka.

Sumbangan Dan Jasa Khalifah Usman Bin Affan
1. Menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan Negara
2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah.
3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah.

Contoh Soalan
1. Usman b. Affan adalah khalifah dalam pemerintahan Khulafa’ Al-Rasyidin. beliau telah banyak memberi sumbangan selama menjalankan pentadbiran negara. Terangkan dua daripada sumbangan beliau.
2. Jelaskan dua polisi pemerintahan Khalifah Usman bin Affan.

TAJUK : AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDDIN


1. Negara Islam selepas khulafa ar-Rasyiddin dipimpin oleh khalifah secara warisan.
2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa ar-Rasyidin Saidina Usman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri.
3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam.
4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini.

Contoh Soalan
1. Jelaskan dua akibat jika membelakangkan kepimpinan Khulafa’ Al-Rasyidin.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates