Saturday 5 May 2012

TAJUK : LAMBAIAN KAABAH



Sunat Haji :
1. Mandi ketika hendak ihram di miqat
2. Sembahyang dua rakaat sebelum niat ihram
3. Memakai pakaian ihram berwarna putih
4. Memotong kuku
5. Membanyakkan talbiah ketika ihram sehingga melontar di jamratul aqobah
6. Mandi ketika hendak mausk kota makkah dan keika hendak wuquf
7. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf
9. Berturut, 7 pusingan tawaf
10. Bermalam di mina pada 9 zulhijjah
11. Melewatkan tempoh berada di arafah hingga terbenam matahari
12. Berada di muzdalifah hingga subuh
13. Keluar dari tempat saie melalui pintu sofa

Hikmah Kepada Masyarakat :
1. Saling berkenalan sesama umat islam
2. Membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam
3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengikut bangsa dari seluruh dunia
4. Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam

Wukuf :
1. Maksud wukuf : berada di padang arafah di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah walaupun seketika
Hikmah Wukuf
1. Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam dengan hawa setelah berpisah
2. Menimbulkan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama disisi Allah
3. Mengingatkan kita kepada perhimpunan di padang mahsyar

Contoh Soalan
1. Ibadat haji adalah rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh umat Islam.
Sebutkan dua perkara sunat ketika mengerjakan haji.
2. Terangkan dua hujah yang membuktikan bahawa ibadat haji dapat membentuk perpaduan ummah.
3. Bilakah masa wukuf di Arafah?
4. Terangkan dua hikmah amalan wukuf.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates